From Picky Eating to Fuller, Firmer Body and Better Coat After Eating LeaH

Dari Kucing Memilih Makan Sampai Badan Lebih Padat dan Bulu Lebih Cantik Selepas Makan LeaH

by Lionine Trading Sdn Bhd on Mei 15 2026
Table of Contents

    Kalau kucing memilih makan dan susah terima makanan lain, makanan yang kucing suka boleh mudahkan rutin makan harian. Dalam cerita pelanggan ini, selepas makan LeaH, badan kucing terasa lebih berat dan berisi, bulu nampak lebih bersih dan cantik, serta tiada masalah muntah atau najis lembik.

    pelanggan ini berkongsi yang dia mula kenal LeaH melalui TikTok Live dan video. Ayat yang paling menarik perhatiannya ialah tentang kucing yang memilih makan, sebab kucingnya memang susah makan dan susah terima makanan lain.

    Selepas cuba LeaH, dia nampak kucingnya suka pada rumpai laut dalam makanan itu, sampai lebihan kecil di bawah pun dia tabur semula di atas dan kucing akan jilat semua. Untuk kucing yang memilih makan, cari makanan yang kucing boleh terima memang boleh mudahkan rutin harian, sebab owner tidak perlu asyik tukar makanan atau tambah macam-macam benda.

    Selepas sekitar 2 bulan, pelanggan nampak kesannya. Kucing tidak nampak terlalu besar, tetapi bila dipegang, badan terasa lebih berat, berisi, dan padat. Dia juga kongsi bulu kucing nampak cantik dan bersih, bulu gugur ada sedikit tetapi tidak teruk. Sekarang kucing makan LeaH secara automatik, tidak mahu makanan lain, dan tiada masalah muntah, cirit-birit, atau najis lembik selepas tukar.

     

    Share information about your brand with your customers. Describe a product, make announcements, or welcome customers to your store.